Tuesday, October 31, 2017

Mesin jahit



Alhamdulillah..dengan bayaran rm250, ummi sudah tamatkan kelas menjahit. Jahit baju kurung tradisional. ummi nak test skill pulak. nak buatkn maryam baju kurung. kain dah lama beli tapi masa tak ada lagi nk buat. hasil dari dok belajar mnjahit ni..ummi dpt ilmu yg banyak terutamanya cara mengendalikan mesin jahit. mesin jahit juki di kelas mnjahit sangat best dan laju. bila balik rumah guna mesin mini kapcai yg ummi beli di lazada terasa slow giler. padan la rege dia rm35. now ummi dh mula berangan nk beli mesin jahit industri setaraf juki. kalo nk mnjahit mesti nk kena ada mesin jahit tepi plak. kalo tidak jenuh nk gi kedai nk kelim tepi kain.

Anggaran harga: mesin jahit industri rm1K ++
                              mesin jahit tepi rm1K++

Haaa..mana nk cari duit ni. nk menyimpan bukannya ada gaji tetap setiap bulan. so berangan2 lah dulu mana tau kot2 duit beranak bawah bantal. hahaha..

Monday, October 30, 2017

My dear Abdul Qayyum

Alhamdulillah Abdul Qayyum skrg dh 4 tahun lebih. tahun depan 5 tahun nk gi sekolah insyaAllah. Semoga Qayyum jd ank yg soleh juga bijak ye sayang.









Sunday, October 29, 2017

Brain- otak

Otak akan meningkat fungsinya apabila ia digunakan. Beruntungnya kita orang islam otak kita berfungsi dengan bagus bila kita sentiasa membaca alQuran kerana bila kita membaca alQuran kita perlu baca dengan tajwid dan makhraj yg betul yg memerlukan otak kita untuk bekerja. 

Ummi seorang yg banyak menggunakan otak kanan. Encik ayah pula banyak menggunakan otak kiri. So kami ini mempunyai personaliti yg berbeza dan cara fikir seringkali berbeza. Apa yg ummi minat selalunya en.ayah tidak menaruh minat. Anak kembar kami pula Nashrul dan Fathul kedua-duanya dominan otak kanan. mereka berdua sangat gemar kpd muzik, melukis, menonton cerita seram dan suka kepada cerita lucu. mari lihat imej2 di bawah untuk lebih tahu otak kanan dan otak kiri.
 da










Wednesday, October 25, 2017

Fenomena wanita surirumah

Best jgk kenkadang baca coretan bonda Rozita sendayu tinggi. bicara berkenaan wanita. kadang jiwa dan emosi tak terasa terpenuhi bila dengar ceramah dari ustaz atau ustazah. di kala usia 35 tahun ke atas jiwa kita mula sunyi walhal ada anak dan suami. kita rasa keseorangan dan perlu mencari kawan2. kita perlu terus bangkit dan jana semangat yg kuat. cari sumber kekuatan agar terus kental menongkah arus kehidupan. 

How to raise a fraternal twins

 Ummi mempunyai anak kembar lelaki tak seiras. mereka rapat dan nak melekat selalu terutamanya yg adik nk mekekat kepada yg abang. bila abangnya tak gi sekolah dia tak nk gi sekolah gak. ceramah la mcm mn pun dia menangis tak nk gi sekolah jgk. Hmm memang susah macam ni sebab fathul cuba lari dari identiti dia yg sebenar. sebenarnya dia bagus sangat tapi dia meniru abangnya. ummi kena study sikit mcm mana nk pisahkn diorang ni. bila keadaan mcm ni, mereka belajar tak pernah serious. buat kerja rumah sambil lewa. taknak kemas bilik. manja. mungkin ummi yg tak pandai didik mereka. lost sekejap. may Allah guide me.
 
some of tips yg ummi jumpa: 

http://parenting.allwomenstalk.com/tips-for-raising-fraternal-twins


Many faces of Maryam

Alhamdulillah puteri ummi yang satu ni dah mencecah usia 2 tahun 8 bulan. 4 bulan lagi nak umur 3 tahun. cepat sgt masa berlalu...rindu sangat masa Maryam kecik2 dulu..



Wednesday, October 18, 2017

2 jenis komunikasi

Ada satu hari dalam kete ummi dengar slot Ustaz Muhammad di radio ikim. Ustaz Muhammad cakap dalam keluarga perlu ada 2 jenis komunikasi iaitu komunikasi iman dan komunikasi ilmu di antara anak dengan ibubapa dan di antara suami dengan isteri. kenapa isteri kuat melawan cakap suami sebab tidak ada komunikasi ini. Dengan anak pun macam tu juga. perlu ada komunikasi ilmu dan iman.

Friday, October 13, 2017

Sabarlah banyak2

Semalam nashrul minta pelepasan harinni tak nk pegi sekolah sebab nk tengok citer ejen Ali pukul 5 pm. Ummi jawab dgn hati yg sabar. kat youtube nnt abang boleh ulang tengok banyak2 kali. kalo ikutkan hati yg geram dgn soalan nashrul tu...ummi pekik2 marah nashrul. hai la anakkkk...geramnya rasa. masa ummi kecik2 dulu takdenya berani mintak taknk gi sekolah sbb nk tengok tv. geram tau nashrul..

Pagi ni ummi rasa muak sgt2....ummi letih sgt2 nk marah..letih nk membebel benda yg sama setiap pagi. hari ni dah hari jumaat. dari hari isnin dok membebel setiap pagi benda yg sama sampai la hari ni jumaat ummi dah letih. Lepas mandi pagi Nashrul dan fathul mesti dok main2 dalam bilik. Fathul mengikut nashrul. dorang dok berceloteh sesama sendiri sampai lambat bersiap nk turun sarapan. kalau ummi tak gi sergah dalam bilik bila nk turun pun tak tahu. bila dok sarapan dorang dok berceloteh kat meja makan pulak. kalau ummi tak marah bila nk siap makan pun tak tahu.last2 lambat pegi sekolah. geram je rasa. mulut diorang  memang tak berhenti potpet potpet. adakalanya ummi rasa nk tampal dengan selotape. 

Tuesday, October 10, 2017

Syurga buat isteri

Siapa yg tengok nona ahad lepas? sebenanya kisah Ayu mnjaga suaminya yg sakit ni dh viral dlm fb. ummi penah buka dulu fb dia tp dah xingat detail kisahnya. Asal suami ayu jadi lumpuh dan tak mampu buat apa2 ni kerana kemalangan jalan raya. Ya Allah tabahnya ayu! dia menjaga suaminya yg terlantar penuh dengan kasih sayang biarpun sudah tidak ada punca pendapatan. kesian ummi tengok pada anak2 mereka dua orang.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. semoga ayu tabah menerima ujian drpd Allah. Allah Maha Mengetahui..