Tuesday, June 11, 2013

Good luck!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Esok mr.hubby ada exam. Mr.hubby dah cuak sebab belum habis study. InsyaAllah, abang boleh lulus dengan cemerlang. Isterimu ini hanya mampu berdoa agar abang berjaya menjawab dengan baik esok insyaAllah. Caiyok! Caiyok! InsyaAllah abang boleh jawab okey...amin..!!


Semalam masa on the way ambik anak dari sekolah, dapat rezeki dengar taujih dari ustazah Sahida, pengasas kursus langsir al-Mujahid yang selalu keluar radio ikim tu. Berminat juga nak join tapi kelas dia kat KL kot...jauh lagi satu yuran dia mahal..tak mampu den. Buat masa ini, saya nak tumpukan pada jahitan manik dan baju dulu. Dah mahir dua ni, baru terjun ke bidang langsir, telekung dan tudung pula insyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala usaha. Kata ustazah, kita belajar menjahit biarlah niat kerana Allah. InsyaAllah, bila kita diberkati..Allah akan mudahkan jalan rezeki. Kita tidak perlu fikir pasal rezeki kerana rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah. Kita hanya perlu berusaha sahaja. InsyaAllah saya ingin ikut jejak ustazah Sahida. Beliau juga sering menganjurkan seminar hidup tanpa hutang.

Petang pula dengar radio juga masa hantar anak pergi kelas mengaji iqra'. Tak ingat siapa ustaz tu tapi nak share info yang saya ingat sikit. Tubuh manusia mempunyai 4 elemen iaitu fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. Keempat-empat elemen ini perlu seimbang di antara satu sama lain. Jika ia tidak seimbang, manusia tidak dapat bekerja dengan baik. Mungkin kita Nampak ramai manusia yang bekerja tetapi banyak yang pincang. Contohnya, manusia yang elemen spiritualnya tumpul, ia menerima dan memberi rasuah. Orang yang tidak menjaga kesihatan, tidak senaman dan tidak menjaga makanan yang masuk ke perutnya..cenderung mendapat sakit. Bila sakit nak solat, nak pergi kerja, nak buat itu ini semua tak boleh. Manusia mempunyai 10 potensi. Tetapi jika ia tinggal dalam zon selesa..tiada cabaran, ia hanya menggunakan 10 peratus sahaja daripada potensi nya. Kita perlu sentiasa membaca buku, update ilmu dan teknologi baru. Itu sahaja lah yang sempat saya dengar dan share. Mudah-mudahan bermanfaat sedikit sebanyak.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.