۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dua tiga hari ni moody. Malas nak pergi mana-mana. Berangan hanya mahu duduk di rumah, kemas rumah bersih2, hias rumah cantik2 bagi selesa dan layan baby Qayyum yang susah nak tido. Tapi impian tidak selalunya menjadi kenyataan. Baby Qayyum susah nak tido sekarang, nak berdukung je. Amboi baby, berat tu dah 7.8 kg, ummi tak larat ok nak dukung selalu. Bila dah susah macam tu, macam2 la usaha nak tidokan dia. Bagi pacifier, letak dalam rocking chair...ummi tak kisah dah..janji Qayyum tido!!
Pagi ni En. ayah ke Shah Alam, bawa sekali abang dan along. En. ayah ajak ikut sekali tapi ummi tak nak. Nak rest. Petang ni pula kakak ipar ajak beraya rumah dia, ada jamuan raya. Kalau ikutkan hati, mmg taknak pergi, letih nak mengusung Qayyum ni. Tapi sebab kesiankan along dan abang nak pergi rumah Amjad,..ummi gagahkan diri. Along dan abang boring kalau tak keluar berjalan.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.