۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Ni peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita sendiri pun pada waktu maghrib duduk dalam kereta baru balik jalan2. Sekarang ni maghrib awal, anak-anak ummi yang suka main basikal susah betul nak masuk rumah padahal dah senja. Punyalah suka dorang main dengan anak jiran depan rumah. Ni lah cabaran. Kang kalau tak marah tak masuk rumah. Arwah abah ummi dulu tegas. Masa ummi kecik-kecik dulu, arwah abah memang sangat berdisiplin. Pukul 7 malam semua adik-beradik ummi dah siap mandi. Yang anak lelaki akan berderet ikut belakang arwah abah jalan kaki ke surau untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib, semua anak-anak kena baca al-quran. Bunyi azan isyak, abah ummi dan abang2 akan pergi lagi ke surau untuk solat isyak. Kadang2 ummi pun ikut sekali. Waktu subuh, hanya arwah abah pergi surau sorang2. Anak2 dia tido hehe. Setiap hari macam tu hinggalah arwah abah pergi menemui ilahi.
Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.