Hari ini smartphone ummi mula menimbulkan bibit-bibit tidak enak. Begitulah nasib handphone ummi apabila turut diguna pakai oleh tiga anak yang lain. Tidak diberi terasa kejam pula. Hehehe. Yang paling terror bermain hp ummi adalah tidak lain dan tidak bukan iaitulah Nashrul. Kembar abang. Ummi harap jangka hayat hp ni masih panjang dan mampu berkhidmat sehingga ke tahun depan.
Tinggal cerita pasal hp. Ummi rasa dah lama tidak berkongsi ilmu yg bermanfaat. Busy huhuhu. Itulah, mungkin juga sibuk itu hanyalah sekadar alasan. Ya Allah, semoga aku istiqamah dan tidak berpaling dari hidayah yg telah Engkau campakkan ke hati ini.
Okey, mungkin ada sedikittttttt saja perkongsian yang boleh diberi. Siang tadi ummi dengar pengisian ustazah Isfadiah dalam tv Al-Hijrah. Kata ustazah, didik anak kita untuk memberi sesuatu dalam masyarakat. Ini tajuk untuk anak dalam usia 21-25 thun. Kakaka, walaupun anak2 ummi masih kecil tapi berguna untuk masa depan itupun kalau umur panjang la. Memberi sesuatu tu seperti mengajar tuisyen, mengajar menjahit, memasak dll mengikut kepandaian masing2. Pepatah arab ada mengatakan:
"فاقد الشيئ لا يعطيه"
Maksudnya, "Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan boleh memberi apa-apa."
Jadi ibu-ibu mari kita bekalkan anak2 yg masih kecil ini dengan pelbagai kemahiran supaya bila mereka besar nanti mereka boleh berbakti kepada masyarakat :-). Sebagai ibubapa, anak2 juga adalah mad'u kita. Self reminder sebab ummi selalu hilang sabar :-(. Tidak kira siapa kita, posisi apa, jawatan apa..kita ada penyeru. Nahnu du'at qabla kulli syai'in - Kita adalah pendakwah sebelum menjadi apapun.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.