Alhamdulillah hari ini dapat bertemu hari Jumaat lg. Pagi ini Nashrul bangun pagi menangis cakap dia demam tak nak pergi sekolah. Ummi pegang badan dia tak panas. Auta je ni. Memang naik angin ummi pagi2 jumaat ni. Malam tadi en.ayah beli cd kartun baru. Ummi agak Nashrul nak tengok cd baru tu. Fathul pun pandai juga. Dua hari lepas dia bangun pagi cakap tak nak pegi sekolah sebab kaki dia sakit. Ummi pun tengok kat kaki dia. Ada la luka sikit je. Melompat bukan main. Dah siap mandi letak ubat dan plaster dia setuju nak pergi sekolah. Macam2 gelagat anak2 ni. Kadang2 tu, mereka berdua bangun pagi berlawan batuk. Bagi hint tak sihat la tu.
Pagi ni anak2 bersarapan roti dan air teh susu sebelum ke sekolah. Mereka berdua ni kalau makan roti tebuk yang kat tengah aje. Bingkai roti tak makan. Alhamdulillah, pagi ni en.ayah yang hantar anak2. So ummi boleh blogging and tak perlu kacau Qayyum tido. Abdul Qayyum masih lena dibuai mimpi..
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.