Lepas buat ujian air gula kali ke 2 pagi tadi kami ke kedai hardware mencari sink dan tap. Main serbu je masuk ke kedai hardware tu. Dalam kedai baru perasan nama kedai tu living depot. Kat Bangi.
Ummi dah survey serba sedikit pasal sinki. Pasal tap xreti pulak. Ikut encik ayah. Sinki kena beli dua. Single and double bowl. Melayang2 la duit tgk harga yg bukan murah. Setelah disurvey...sinki yg ummi nak jenis undermount dan berketebalan lebih dari 1 mm. Jenis ni harganya maunya lagi mahal dari top mount. Tapi takpe..alah membeli menang memakai. Kalau dari segi harga pulak..setelah dikaji2 dlm masa yg singkat, harga memang la tengok kpd kualiti sinki tu sendiri. Kalau yg mahal tu mmg la mempunyai ciri2 yg bagus. Tebal, dalam, stainless steel, undermount. Ikut la budget masing2. Kami tak terus beli. Balik discuss dulu. Benda mahal2 ni kena fikir masak2 dulu baru boleh beli. Kalau dah sudah beli jangan menyesal pulak lepas tu. Banyak lagi benda lain yg nk kena fikir huhuhu.
Saturday, January 03, 2015
Sink and tap hunting..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.