Sunday, December 16, 2012

Putu ubi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Rumah sunyi sepi..hanya kedengaran desiran kipas angin berdiri. Anak-anak sudah dibawa oleh ayahnya ke tempat program di masjid KLIA dan avanza menjadi transport untuk angkut peserta program ke stesen komuter. Selesai masak..kini rest.

Dengar-dengar khabar di bumi Klate sana dah mula hujan. Musim banjir dah nak mula agaknya. Emak pula katanya nak datang dengan kaum keluarga untuk meminang seorang gadis di Lembah Keramat untuk sepupu. Katanya nak datang hanya sehari, selepas selesai terus balik klate semula. Musim banjir atau piye bah, biasanya 'berceretek' lah orang jual putu ubi kayu (mcm dlm gambar) kok2 tepi jalan di klate. Selain tu, orang juga jual ubi. Macam-macam jenis ubi antaranya ubi badak, ubi itik, ubi keling, ubi stelo, ubi kayu dan banyak lagi. Time hujan, rebus ubi..cicah dengan kelapa..lawan dengan air kopi!

Saturday, December 15, 2012

Hari malas

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Hari ini hari bermalas-malasan. Rasa tiada tenaga nak mengemas rumah. Tambah pula en.suami ada program luar tiga hari berturut-turut, tenaga malas semakin bermaharajalela. Suara anak-anak yang bergaduh dari pagi sampai ke malam, yang besar memukul yang kecik dan yang kecik menangis-nangis. Bila dimarah yang besar tu, dia mengamuk dan menjerit akhirnya menangis juga. Semua itu menghasilkan cas-cas negatif dalam diri si ibu ini hehe. Malam tadi bawa si kembar pergi kuliah ustazah Rumizah (kalau tak silap itu nama ustazah). Ustazah kata, nak cas tenaga orang perempuan senang je...pergi shopping. Heheh, pandai je ustazah kan. Baik, kejap lagi saya pegi shopping hehe. Tak sampai sejam dengar kuliah, Fathul ajak balik, aduh..sabar je lah Fathul ni. Yang abang tu okey aje. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu dan tips dari ustazah. Kata ustazah, banyakkan doa kat rumah. Doa supaya anak-anak tidak menjadi penghalang untuk kita menghadiri majlis ilmu di luar rumah. Ya betul, berbeza bila kita jadi ibu yang berilmu dgn tidak berilmu. Orang yang berilmu ni hidup nya lebih positif dan motivated. Sekian dulu.

Sunday, December 09, 2012

Homebirth

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sekarang ni dah ramai dengar orang buat 'homebirth', bersalin di rumah. Suami yang sambut baby sendiri, potong tali pusat sendiri dan bersihkan baby. Tapi kena cukup persediaan dan kena hadiri kelas hypnobirthing untuk ada ilmu kelahiran baby nanti. Erm, cuak jugak...dan tak rasa suami saya berani melainkan ada bidan yang menemani. Terdapat beberapa ubat homoepathy untuk persediaan di saat ingin melahirkan baby dan selepas kelahiran. Banyak sekali yang perlu saya terokai andai ingin 'homebirth' juga :).

Kelmarin saya ke kedai beli cat. Saya mengecat dinding rumah yang penuh parut dan contengan anak. SEkadar yang larat sahaja. Pada sebelah malamnya, terasa hendak demam. Semalam, suami sambung mengecat dah hampir siap sekejap saja. Aduh, letih masih terasa dan hilang selera makan. Hamil kali ni tak sama dengan hamilkan si kembar dulu. Mestilah tak sama, masa hamilkan si kembar, masa tu belum ada anak dan tinggal di rumah sewa...banyak berehat. Sekarang ada si kembar tu, penat buat kerja rumah. Semoga Allah permudahkan semuanya ameen.

Thursday, December 06, 2012

Wednesday, December 05, 2012

Makaroni goreng

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, pagi ni suami sarapan dengan dua biji telur tiga suku masak dan secawan teh susu. Anak-anak pula sarapan dengan makaroni goreng. Lepas sarapan, keluar ke laman. Sakit matanya tengok banyak kotak, lalang panjang, basikal dan kereta mainan anak. Semuanya membuatkan serabut mata memandang. Saya kemas-kemas sikit dan mengalihkan pasu bunga. Lalang yang panjang serta rumput yang tebal dah susah nak cabut. Mudah-mudahan ada pekerja MPN datang mesin rumput boleh suruh depa mesin rumput yang cuma luas sekangkang kera.

Makaroni goreng Ummufarhan:

Secawan setengah makaroni-rebus dan toskan
5 ekor udang-tak payah buang kepala
1/2 batang carot- disagat/hiris nipis
sayur kangkung-ikut suka
5 biji bawang putih-ditumbuk
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap
1 sudu mayonis
1 biji telur
gula dan garam secukup rasa

cara:
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan udang, goreng sampai kuning. Masukkan carot dan telur. Bila telur dah masak berketul-ketul, masukkan kicap, sos tomato, mayonis, garam dan gula . Kemudian masukkan makaroni dan kangkung. Kacau hingga sekata dan siap!

Tuesday, December 04, 2012

Hari yang letih

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini saya mengemas bilik stor. Banyak betul barang yang jadi sampah. Masa kemas banyaklah jumpa mainan si kembar yang mereka pun sudah lupa. Di antaranya ialah keretapi mainan. Anak-anak sungguh gembira seperti dapat mainan baru. Kesemua barang-barang diletak dalam plastik sampah hitam dan selepas balik kerja, suami buang separuh semuat bonet belakang kereta ke tempat pembuangan sampah. Bilik stor masih belum sepenuhnya kemas, en suami akan periksa semula dan buang yang mana jadi semak. Dari pagi saya bekerja hinggalah siap mengemas pukul 2 pm. Sakit seluruh badan dan jalan pun senget-senget macam pinguin. Selepas solat zohor, berehat sekejap. Perut dah berkeroncong saya rupanya belum memasak. Pukul 3 pm, ajak anak-anak makan kat kedai di Salak Tinggi.

Sunday, November 25, 2012

Bahagia membahagiakan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

"Kita tak dapat membahagiakan orang lain sekiranya diri kita sendiri pun tidak bahagia"-Prof Muhaya.

Setuju tak? Ada benarnya juga. Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang bahagia. Bahagia itu pula perlu dicari. Cari cinta Allah, insyaAllah kita dapat cinta manusia. Bagaimana pula perasaan ingin memiliki dan dimiliki? Aduh, saya tidak pandai bermain dengan kata-kata..mari kita baca ayat-ayat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kat bawah. Semoga hati kita bahagia, isteri dan ibu yang gembira :).



"Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki.
Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...

Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat.
Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua."

Saturday, November 24, 2012

Pengumpat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sensasi bercerita perihal kebaikan orang lain tidak sama dengan sensasi bercerita atau mendengar keburukan orang lain. Jadi awas, mari kita hindari daripada mengumpat atau mendengar orang mengumpat. Boleh jadi, orang yang mengumpat pasal orang lain di depan kita, lain kali bila kita tidak ada di depannya, dia akan mengumpat pasal kita pula. Jadi, elakkan diri dari berkawan dengan si pengumpat.

Tafsir surah al-Humazah (pengumpat)

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
3. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar
akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. Yaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan.
7. Yang sampai ke hati
8. Sesunguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang
panjang.

Monday, November 19, 2012

Hidup dalam syukur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...dan kucuba menghindarkan pesona maya..

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk berblog. Sudah agak lama blog ini menyepi. Mudah-mudahan diri saya dan anda semua hidup dalam penuh kesyukuran ameen. Sama-sama kita hayati doa nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh-Surah An Naml ayat 19
~ATas NaMa CiNta-UniC~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya