۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Wednesday, October 30, 2013
Saturday, October 26, 2013
Baby mula makan pada usia 6 bulan
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
En.Ayah ke Perak, twins menonton animasi Monster University, baby tido, juadah untuk dinner sudah ada, jadi ummi pun blogging!! Alhamdulillah atas nikmat masa yang ada. Baby Qayyum sudah berusia 6 bulan lebih dan sudah mula makan. Ummi sudah rebus epal untuk buat puri epal. Tunggu sejuk sedikit sebelum diblend. Untuk sebulan ini, Qayyum hanya menikmati puri sahaja. Susu ibu masih lagi menjadi makanan utama qayyum. Satu hidangan lebih kurang 2-3 sudu teh sahaja. Cukup untuk perut baby yang kecil.

![]() |
| sumber: mr.google |
Friday, October 25, 2013
Semoga syurga buatmu....
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semalam hujan hari ni pun hujan...sejukkkkk rasa. Alhamdulillah, pokok-pokok kat depan tu tak payah siram. Alhamdulillah, syukur pada Allah, adik bongsu ummi dapat kerja di Kelantan. Boleh lah adik menjaga ibu yang semakin dimamah usia di kampung. Ibu ummi mesti sangat gembira mendapat khabar berita ini. Baru-baru ini ibu ummi menerima satu anugerah iaitu tokoh ibu keluarga mawaddah kategori delima sempena Hari Keluarga Mawaddah DUN Kelaboran anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan.
Terima kasihlah kepada pihak berkenaan yang memberikan anugerah tersebut. Sebenarnya, ramai lagi anak-anak orang lain yang lebih berjaya. Tapi mungkin ibu ummi terpilih sebab ibu ummi ialah ibu tunggal. Ibu ummi kehilangan suami, ayah ummi semasa berusia 40 tahun. Semasa ayah ummi meninggal dunia, ibu merupakan suri rumah. Bayangkan kesusahan ibu membesarkan, menjaga, menyekolahkan 8 orang anak berseorangan tanpa suami di sisi. Semoga syurga buatmu ibu....ameen.

| Ibu bersama penerima2 yg lain |
![]() |
| Dari kiri: adik ummi yg pertama, YB Zaki, adik ummi yg bongsu, ibu ummi |
![]() |
| Ibu menerima anugerah dari YB Zaki, tahniah ibuku..! Jasamu tak dpt aku balas sampai bila2. Maafkan anakmu kerana tidak dapat tunaikan impianmu..smg Allah menganugerahkan ibu syurga ameen |
Friday, October 18, 2013
Pencinta subuh
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Cepatnya masa berlalu...hari ni dah hari Jumaat. Al yaumul jumuuah. Ummi mencuri masa ni untuk update blog. Sibuk sangat maklumlah anak dah ramai. Anak tiga orang pun nak kecoh, mak jemah tak heran kan kan kan. Orang lain anak 6, 7, 8 okeh. Oh, ummi tak dapat bayangkan kalau ummi ada anak sampai 8. Agaknya rambut ummi jadi macam Albert Einstein.
Ummi nak kongsikan ilmu yang ummi dapat dalam tanyalah ustaz tv9 pagi tadi. Tak banyak, sikit je. Tajuk tadi Pencinta Subuh. Kata ustaz, orang yang istiqamah solat sunat Fajar atau qobliyah subuh insyaAllah orang tu akan betul-betul istiqamah. Bagi lelaki, eloklah solat di rumah Allah terutamanya pada hari Jumaat. Kalau suami malas pergi solat kat surau/masjid...ambik batang penyapu then kejar...hahaha (ini ada seorang hamba Allah bagitau ummi dulu :) ). Jangan buat gitu yer dek non, nati jadi isteri derhaka. Lepas tu ustaz kata, amalkan doa dalam surah ALi Imran ayat 192-194 dan ayat 190 hingga habis ayat 200 elok sangat untuk dihayati makna terjemahannya.
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesiapa yang Engkau (Allah) masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau (Allah) telah hinakan dia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang penolong.”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman (iaitu seruan): ‘Berimanlah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu’, maka kami (langsung) beriman. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan masukkan kami bersama ‘abrar’ (orang yang berbakti).”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau (Allah) telah janjikan kepada kami melalui para rasul Engkau (Allah), dan janganlah Engkau (Allah) hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau (Allah) tidak menyalahi janji.”
(ALi-Imran:192-194)

| "lu pikirlah sendiri"...kata pakcik albot... |

Monday, October 07, 2013
Monday, September 30, 2013
Aktiviti anak2
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Weekend lepas kami pergi ke ekspo keusahawanan USIM. Dekattttt je. Sebelah rumah kami je. Pagi ahad twins masuk colouring contest. Lepas mewarna terus balik sebab sian kat Qayyum kepanasan. Lagipun yakin twins takkan menang punyer haha. Layan gambar je lah..

| syok sangat sampai kaki terangkat... |
![]() |
| tudung hitam, muka pun bantai hitam gak..alahai.. |
![]() |
| Abang dah siap..along teruskan ya.. |
![]() |
| kepoh... |
Wednesday, September 25, 2013
Waktu maghrib
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Ni peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita sendiri pun pada waktu maghrib duduk dalam kereta baru balik jalan2. Sekarang ni maghrib awal, anak-anak ummi yang suka main basikal susah betul nak masuk rumah padahal dah senja. Punyalah suka dorang main dengan anak jiran depan rumah. Ni lah cabaran. Kang kalau tak marah tak masuk rumah. Arwah abah ummi dulu tegas. Masa ummi kecik-kecik dulu, arwah abah memang sangat berdisiplin. Pukul 7 malam semua adik-beradik ummi dah siap mandi. Yang anak lelaki akan berderet ikut belakang arwah abah jalan kaki ke surau untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib, semua anak-anak kena baca al-quran. Bunyi azan isyak, abah ummi dan abang2 akan pergi lagi ke surau untuk solat isyak. Kadang2 ummi pun ikut sekali. Waktu subuh, hanya arwah abah pergi surau sorang2. Anak2 dia tido hehe. Setiap hari macam tu hinggalah arwah abah pergi menemui ilahi.
Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

Friday, September 20, 2013
Thursday, September 19, 2013
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
![]() |
| Cinta hati ummi.. |
Tidak akan ada bahagia di atas derita orang lain...
Paling rendah kita inginkan kebaikan yang kita miliki... juga dimiliki orang lain.
Paling tinggi kita inginkan kebaikan orang lain... walaupun terpaksa mengorbankan apa yang kita miliki....
Cinta itu bererti mengorbankan apa yang kita cintai.
Berkorban itu mesti menderita tetapi tetap bahagia... kerana itulah cinta!

-Ustaz Pahrol Muhd Juoi-
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)