۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dalam usrah kami malam tadi, kami membincangkan, haruskah ibubapa memberitahu tentang neraka kepada anak-anak kecil. Tidakkah neraka itu ganas dan mengerikan? atau hanya memberitahu pasal syurga sahaja, tidak perlu sebut neraka? Bagi pendapat ummi, apa yang Allah jelaskan di dalam al-quran wajar kita gunakan untuk tarbiyah anak-anak. Sejak twins kecil lagi ummi ceritakan kepada mereka mengenai perkara-perkara ghaib yang harus kita imani. Kita perlu menanam rasa kepercayaan yang kukuh di dalam hati anak-anak tentang perkara-perkara ghaib. Selalu memberitahu mereka tentang Allah, syurga, neraka, dosa, pahala. Siapa berbuat baik akan masuk ke syurga, terangkan indahnya syurga. Ummi cakap dalam syurga ada macam2 coklat dan toys :p. Dalam neraka ada api yang sangat panas. Bercerita dengan gaya bahasa dan intonasi suara yang bagus supaya anak-anak dapat imagine apa yang kita ingin sampaikan. Kesilapan yang selalu kita lakukan ialah kita suka takutkan anak-anak dengan neraka tapi bila anak-anak buat perkara baik, kita tidak puji dan gembirakan mereka dengan ganjaran di syurga. Khabarkan kepada mereka tentang kenikmatan syurga sebagaimana Allah khabarkan kepada kita dalam al-Quran :D.
Surah 88, Surah al-Ghasyiyah (Yang Mengerikan) : 26 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
88-1: Apakah sudah datang kepada engkau berita ‘al-ghashiyah’ (kejadian yang mengerikan itu)?
88-2: Beberapa wajah pada hari itu tunduk terhina. 88-3: Bekerja keras lagi kepayahan.
88-4: Memasuki api yang sangat panas.
88-5: Diberi minum daripada mata air yang menggelegak.
88-6: Tidak ada makanan bagi mereka, kecuali daripada pokok berduri.
88-7: Yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan kelaparan.
88-8: Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri (na'imah).
88-9: Merasai kesenangan kerana amalnya.
88-10: Di dalam jannah (taman/syurga) yang tinggi.
88-11: Di dalamnya tidak didengar perkara yang sia-sia.
88-12: Di dalamnya ada mata air yang sentiasa mengalir (ainun jariah).
88-13: Di dalamnya ada tempat-tempat duduk yang ditinggikan.
88-14: Dan gelas-gelas yang tersedia.
88-15: Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.
88-16: Dan permaidani yang terhampar. 88-17: Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
88-18: Dan kepada langit, bagaimana ia ditinggikan?
88-19: Dan kepada gunung-gunung, bagaimana ia di pacakkan?
88-20: Dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan? 88-21: Maka berikan peringatan, kerana engkau tidak lain kecuali pemberi peringatan.
88-22: Bukanlah engkau berkuasa memaksa mereka.
88-23: Tetapi sesiapa berpaling dan menjadi kafir.
88-24: Maka Allah akan menyeksanya dengan azab yang besar.
88-25: Sesungguhnya mereka semua akan kembali kepada Kami (Allah).
88-26: Kemudian, sesungguhnya atas Kami (Allah) menghisab mereka.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.