Thursday, January 02, 2014

Thank you Allah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Diriwayatkan dari Imam Al-Baqir bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, Allah SWT berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginannya (nafsunya) di atas keinginan-Ku, melainkan Aku kacaukan urusannya, Aku kaburkan dunianya dan Aku sibukkan hatinya dengan dunia serta tidak Aku berikan dunia kecuali yang telah ku takar untuknya.  Demi kemulian-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginan-Ku di atas keinginan (nafsu) dirinya melainkan Aku suruh malaikat untuk menjaganya, langit dan bumi menjamin rezekinya dan menguntungkan setiap perdagangan yang dilakukannya serta dunia akan datang dan selalu berpihak kepadanya".- Hadith Qudsi

Selamat tahun baru 2014 :). Alhamdulillah, di penghujung 2013, ummi dapat pulang sekejap di kampong ummi di Tumpat. Ummi berkahwin dengan orang Selangor dan menetap di Negeri Sembilan. Jarang-jarang sekali dapat balik jumpa keluarga di kampong di Kelantan tentulah sangat seronok. Terima kasih ya Allah. Dengan izin-Mu jua. Semoga tahun ini, kita menjadi muslim yang lebih baik lagi insyaAllah. Jom tambah ilmu, tambah amal.


No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.