Monday, July 15, 2013

Bukan mudah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ramadhan Kareem. Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 hari kita berpuasa. Pagi ni Qayyum tido nyenyak..tertidur sendiri atas sofa masa tengok upin ipin. Semalam dia ngamuk jer perut dia meragam gara-gara saya makan asam pedas...huhu kesian baby Qayyum. Semalam hari cuti, en ayah boleh jaga Qayyum masa saya masak utk buka puasa kat dapur. Kalau en ayah kerja susah juga nak masak kalau baby meragam gitu. Setakat ni tak membeli di bazar Ramadhan lagi, masih setia memasak di dapur. Gunakan bahan-bahan mentah yang ada di dapur dan dalam peti sejuk. Kalau tak sihat tak larat nak memasak baru consider utk beli makanan kat luar. Untuk sahur saya panaskan ajer lauk yang sedia ada. Waktu sahur saya WAJIB makan nasi untuk tenaga sepanjang hari. Nak jaga anak2 letih weiii kalau tak makan nasi.

Pagi tadi macam biasa Nashrul kena sergah dulu baru dia nak bergerak mandi kat toilet. Haduih..suka lambat2. Susah betul. Siapa kata jaga anak senang??? Kalau boleh tak mahu marah anak2 tapi kalau dah situasi terpaksa..ummi boleh jadi singa. Mak saya selalu pesan, bukan senang nak jaga anak ni. Memang pun. Kalau setakat bagi makan minum tu semua orang pun boleh. Tapi kalau nak mendidik anak manusia ni? Mereka ada emosi..kita pun ada emosi juga. Bukan mudah nak anak berdisiplin. Seperti dalam seminar parenting yg saya pergi dulu, penceramah tu kata, kalau kita kuatkuasakan undang2 dalam rumah, kena buat betul2 la..bincang dengan suami. Jangan kita buat peraturan dalam rumah pastu kita langgar peraturan tu. Anak-anak pun jadi hairan. Anak2 ibarat kain putih, kalau kita bagitahu sesuatu perkara tu sebenarnya mereka mudah percaya. Seperti anak saya, saya buat peraturan, waktu maghrib kena tutup tv. Jadi bila dengar bunyi azan dia terus tutup tv. Tapi katakan ada satu hari dah bunyi azan tapi kita biarkan tv tu terbuka...anak2 akan fikir..."oh, boleh yer macam ni. Esok nak buat lagi, nak tgk tv lagi waktu maghrib". Tu salah kita sebab tak tegas.  

Untuk panduan diri sendiri, rasanya dulu dah pernah c&p kat sini tapi kalau tepek lagi tips ni kat sini apa salahnya sebab manusia ni selalu lupa. Tips utk parents:

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali... menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.