Semasa saya bersalin di HKL dahulu, memang ramai doctor pelatih lelaki yang menyibuk di wad ibu-ibu bersalin. Memang menyampah sangat-sangat. Masa tu sedih sangat kerana perancangan saya untuk bersalin di Hospital az-zahra Bangi tidak kesampaian. Kalau tidak kerana ada komplikasi, takkan saya pilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Semoga Kementerian Kesihatan mendengar saranan ulama' Negara kita seperti kat bawah ni. Sebab tu penting jawatan yang tertinggi dalam negera diketuai oleh orang islam yang beriman dan bertaqwa. Tengokla sape yang jadi menteri kesihatan sekarang? Datuk Seri Dr S Subramaniam. Orang kafir jugak. Ada mereka kisah pasal aurat kita wanita islam? Siapa suruh undi BN??? Hahahaha...
Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi
KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan... kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.
"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.
Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.
Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.
Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.
"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.
Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.
Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri

No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.