۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semalam, kat sekolah anak2, ada sessi bergambar kelas. Sejak bersekolah bulan Januari lalu, banyak perubahan yang berlaku pada anak2. Tentunya mereka menjadi semakin pandai. Pandai menulis, mewarna, berkawan, bercakap, dan macam2 lagi. Jasa auntie and uncle (cikgu dorg) tidak kami terbalas kerana mendidik anak2 kami. Tahun depan, kami tidak bercadang untuk menyambung persekolahan anak2 di sini memandangkan sekolahnya agak jauh. Penat ummi nak mengambil twins balik sekolah dengan angkut si baby Qayyum yang semakin membulat. Sayangnya, twins suka belajar di Brainy Bunch. Maaf yer sayang. InsyaAllah tahun depan, mungkin twins akan belajar di Tadika Pra-tahfiz dekat dengan rumah. Mudah-mudahan mereka semakin cintakan Al-Quran amiiinnn.
|
Fathul..masam mencuka..macam ummi kecik2 dulu jgk hehe. Cikgu kelas Fathul nama Auntie Nurul. |
|
Nashrul, tak reti duduk diam. Sebelah Nashrul tu ialah BFF Nashrul, Arief Zaidin. Mmg kamceng kat sekolah. Tahun depan Nashrul tak jumpa dia dah. Cikgu kelas Nashrul nama Uncle Qhalil. |
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.