Friday, November 08, 2013

Cuti sekolah dah tak lama dah..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dengan Jumaat yang mulia. Tinggal seminggu lagi persekolahan anak-anak. Selepas itu cuti panjang. Ummi pun macam ibu-ibu lain juga berfikir apakah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang musim cuti sekolah nanti. Anak-anak ummi, kalau mereka takde kerja, puas-puas main mereka bergaduh. Bingit rasa telinga. Kalau boleh kita nak lah masa lapang mereka dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bukannya makan tido makan tido saja kan. Kalau terperap dalam rumah pun bosan juga mereka. Kalau bawa pergi shopping mall tu ummi dah muak sangat-sangat. Cabaran yang akan ummi tempuhi biasalah dua perkara, MASA dan TENAGA. Tenaga tu termasuk jugalah kesihatan.  Ya Allah, semoga Allah permudahkan segalanya urusan ummi mendidik anak-anak amen.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.