۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
|
Nashrul-Amjad-Fathul |
Minggu ni minggu terakhir anak-anak ummi bersekolah sebelum cuti sekolah yang panjang dan juga meninggalkan Brainy Bunch Islamic Montessori School. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami akan cari sekolah rendah swasta berkonsepkan Montessori juga. Tapi minggu ni juga anak-anak kembar ummi dilanda demam batuk selsema. Nashrul campak sebab seluruh tubuhnya ada bintik-bintik merah. Hari isnin Nashrul pergi sekolah sorang Fathul batuk teruk. Selasa dan Rabu, kedua-dua mereka tak pergi sekolah. Dan hari ini dan esok, mereka wajib ke sekolah kerana dua hari ini sajalah masa yang ada untuk latihan concert pada malam konvokesyen mereka nanti. Alhamdulillah, hari ini mereka dah semakin sembuh cuma batuk dan selsema tu masih ada sikit-sikit. Pagi tadi, Fathul mengamuk sakan tak mahu pergi sekolah. Masa nak keluar tadi, ummi Nampak dia menangis dalam kereta. Nashrul happy je nak pergi sekolah sebab ummi cakap ada latihan menyanyi hari ni, dia excited. Macam tu lah dua orang anak kembar ummi yang tak seiras dari segi lahiriah dan batiniah hehehe...
|
Thank you Brainy Bunch...first school anak-anak ummi |
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.