۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sekarang dah cuti sekolah. Anak-anak ummi dua beradik kembar hanya menghabiskan masa di rumah. Jadual mereka, bangun pagi-mandi pagi-sarapan-baca iqra'&muqaddam-bermain-makan tengahari-bermain-mandi petang-baca iqra'&muqaddam-makan malam-bermain-baca buku-tidur malam. Anak-anak ummi jarang sangat tidur waktu siang. Target ummi dalam waktu cuti sekolah ni ialah untuk habiskan iqra' 2. Anak-anak ummi bukannya jenis rajin nak mengaji. Kena paksa baru mahu. Kalau ummi tinggikan suara sikit masa mengajar, mata cepat je basah, air mata dah meleleh kat pipi. Kalau nak main games, nak tengok tv, kita tak payah suruh. Laju je mereka. Sabor ajelah.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.