Wednesday, July 31, 2013

Gambar kelas 2013

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam, kat sekolah anak2, ada sessi bergambar kelas. Sejak bersekolah bulan Januari lalu, banyak perubahan yang berlaku pada anak2. Tentunya mereka menjadi semakin pandai. Pandai menulis, mewarna, berkawan, bercakap, dan macam2 lagi. Jasa auntie and uncle (cikgu dorg) tidak kami terbalas kerana mendidik anak2 kami. Tahun depan, kami tidak bercadang untuk menyambung persekolahan anak2 di sini memandangkan sekolahnya agak jauh. Penat ummi nak mengambil twins balik sekolah dengan angkut si baby Qayyum yang semakin membulat. Sayangnya, twins suka belajar di Brainy Bunch. Maaf yer sayang. InsyaAllah tahun depan, mungkin twins akan belajar di Tadika Pra-tahfiz dekat dengan rumah. Mudah-mudahan mereka semakin cintakan Al-Quran amiiinnn.



Fathul..masam mencuka..macam ummi kecik2 dulu jgk hehe. Cikgu kelas Fathul nama Auntie Nurul.

Nashrul, tak reti duduk diam. Sebelah Nashrul tu ialah BFF Nashrul, Arief Zaidin. Mmg kamceng kat sekolah. Tahun depan Nashrul tak jumpa dia dah. Cikgu kelas Nashrul nama Uncle Qhalil.

Monday, July 22, 2013

Tenangkan diri

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Dalam dunia ni, bekerja sebagai apa pekerjaan pun akan ada stress. Tak banyak, sikit. Tak sikit, banyak hehe. Kerja jadi tukang cuci pun boleh stress. Semakin besar tanggungjawab, kadar stress semakin meningkat. Suami saya tidak mengizinkan saya bekerja kerana tidak mahu saya stress. Bila stress tumpuan pada keluarga terutamanya anak-anak akan terganggu. Hmmmm, bekerja sebagai suri rumah pun stress juga!! Kerja suri rumah ni menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Antara sImptom2 stress ialah membebel haha. Menguruskan stress adalah penting. Bila ada masalah..take it easy. Jika rumah bersepah-sepah selepas beberapa kali penat mengemas, just take it easy!! (menyedapkan hati hihi). Rumah bersepah tak penting, yang penting anak-anak gembira. Messy house = Happy Kids :). Untungnya kita sebagai orang islam, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd:28). Flush your stress ok!!

Thursday, July 18, 2013

Tiga bulan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

 
 
Kelmarin bawa Qayyum ke klinik for 3 month old baby vaccine shot. Berat Qayyum 7.14 kg. Doktor kata Qayyum quite big tapi tak perlu risau sebab he's fully breastfeeding. Doktor kata kerak2 atas kepala Qayyum menunjukkan petanda awal Qayyum akan ada masalah resdung. Eczema mula2 timbul kat muka je, tp skrg ni dah mula nampak kat kulit badan. Fathul pun resdung jugak. Hingus jernih tu sentiasa ada. Malam-malam hidung dia tersumbat. Memang doctor bagi nasal spray tu  nama nasonex sejenis steroid. Mula2 dia nk guna spray tu tp lepas tu dia mengelak.Tapi sampai bila nak bergantung kpd steroid? InsyaAllah ummi akan cuba cari alternative lain.

An overdose of Nasonex Nasal Spray (Mometasone furoate monohydrate) is not expected to produce life-threatening symptoms. However, long-term use of high steroid doses can lead to symptoms such as thinning skin, easy bruising, changes in the shape or location of body fat (especially in your face, neck, back, and waist), increased acne or facial hair, menstrual problems, impotence, or loss of interest in sex. (http://www.procanadadrugs.com/nasonex-aqueous-nasal-spray-mometasone-furoate-50-576.html)

Alang-alang tu Tanya juga doctor pasal vaksin rotavirus yang saya tahu ramai orang refuse vaccinate baby dgn vaksin ni coz difatwakan haram kecuali keadaan darurat dibolehkan. Sebab haram ialah mengandungi unsur babi. Mula2 tu mmg kami nak ambik juga untuk qayyum tapi hold dulu. Menurut doctor tu (tak tahu nama utk rujukan), memang untuk menghasilkan vaksin rotavirus ni menggunakan porcine (babi). Tapi zat babi tersebut sudah hilang seperti pemprosesan wine menjadi cuka. Ulamak di north America tidak memfatwakan vaksin ini haram. Apa yang saya tahu mengikut konsep fiqh disebut istihalah dimana zat DNA babi tersebut sudah berubah sifat jadi bahan itu adalah dianggap suci. Kalau berkesempatan saya akan cari lagi maklumat mengenai vaksin ni supaya tiada keraguan di hati. Ramai terpengaruh dengan berita vaksin ni adalah konspirasi yahudi. Sepatutnya ummat islam makin maju ke depan dalam bidang perubatan. Ummat islam lah yang sepatutnya memonopoli penemuan vaksin yang lebih selamat, halal lagi suci. Wallahu'alam.


Monday, July 15, 2013

Bukan mudah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ramadhan Kareem. Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 hari kita berpuasa. Pagi ni Qayyum tido nyenyak..tertidur sendiri atas sofa masa tengok upin ipin. Semalam dia ngamuk jer perut dia meragam gara-gara saya makan asam pedas...huhu kesian baby Qayyum. Semalam hari cuti, en ayah boleh jaga Qayyum masa saya masak utk buka puasa kat dapur. Kalau en ayah kerja susah juga nak masak kalau baby meragam gitu. Setakat ni tak membeli di bazar Ramadhan lagi, masih setia memasak di dapur. Gunakan bahan-bahan mentah yang ada di dapur dan dalam peti sejuk. Kalau tak sihat tak larat nak memasak baru consider utk beli makanan kat luar. Untuk sahur saya panaskan ajer lauk yang sedia ada. Waktu sahur saya WAJIB makan nasi untuk tenaga sepanjang hari. Nak jaga anak2 letih weiii kalau tak makan nasi.

Pagi tadi macam biasa Nashrul kena sergah dulu baru dia nak bergerak mandi kat toilet. Haduih..suka lambat2. Susah betul. Siapa kata jaga anak senang??? Kalau boleh tak mahu marah anak2 tapi kalau dah situasi terpaksa..ummi boleh jadi singa. Mak saya selalu pesan, bukan senang nak jaga anak ni. Memang pun. Kalau setakat bagi makan minum tu semua orang pun boleh. Tapi kalau nak mendidik anak manusia ni? Mereka ada emosi..kita pun ada emosi juga. Bukan mudah nak anak berdisiplin. Seperti dalam seminar parenting yg saya pergi dulu, penceramah tu kata, kalau kita kuatkuasakan undang2 dalam rumah, kena buat betul2 la..bincang dengan suami. Jangan kita buat peraturan dalam rumah pastu kita langgar peraturan tu. Anak-anak pun jadi hairan. Anak2 ibarat kain putih, kalau kita bagitahu sesuatu perkara tu sebenarnya mereka mudah percaya. Seperti anak saya, saya buat peraturan, waktu maghrib kena tutup tv. Jadi bila dengar bunyi azan dia terus tutup tv. Tapi katakan ada satu hari dah bunyi azan tapi kita biarkan tv tu terbuka...anak2 akan fikir..."oh, boleh yer macam ni. Esok nak buat lagi, nak tgk tv lagi waktu maghrib". Tu salah kita sebab tak tegas.  

Untuk panduan diri sendiri, rasanya dulu dah pernah c&p kat sini tapi kalau tepek lagi tips ni kat sini apa salahnya sebab manusia ni selalu lupa. Tips utk parents:

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali... menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  

Wednesday, July 10, 2013

Hajat hati

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ramadhan Kareem. Hari ni tak gugel cari resepi sebab dah tahu nak masak apa. Hari ni gugel pasal sewing machine. Dalam bulan yang mulia ni kita digalakkan banyak berdoa. Hurmmm...nak doa supaya impian untuk memiliki innovis 50 tercapai..boleh kan...aminnnn...

Tuesday, July 09, 2013

Selamat berpuasa

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog saya. Semoga amalan kita diterima oleh Allah swt ameen..

Monday, July 08, 2013

Bomba cilik

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Fathul bekerja sebagai bomba bersama kawan2 sekolah kat Kidzania


Friday, July 05, 2013

Juadah di bulan Ramadhan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini anakanda Nashrul dan Fathul ada lawatan sekolah ke Kidzania. Mereka pergi naik bas dijangka balik pukul 5.30 pm. Hajat dihati ada nk buat kerja kemas-kemas sikit pastu nak masak terus untuk makan malam tapi baby Qayyum belum betul-betul lena tidurnya. Kalau dengar bunyi bising sikit baby Qayyum mudah terjaga.


Saffron Flower
 
Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Belum start puasa lagi dah cari resepi ni. Aisehhh. Biasala suri rumah. Segala amalan kita termasuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa akan berganda pahala insyaAllah. Satu Ramadhan ni hajat dihati ambo nak buat nasi beriyani..kegemaran anak-anak dan encik suami ambo. Selalunya kalau ambo buat nasi beriyani ni tak cukup bahan. Kali ni nak buat kasi cukup semua bahan. Ini yang nak kena cari rempah-ratus ni. Saffron, daun pudina, daun ketumbar, dan macam-macam lagi. Aiiisshh..first time nak berpuasa dengan baby Qayyum ni macam mana agaknya..entah2 beriyani kat kedai aje..sedia dimakan. Tapi rasanya kalau kita masak sendiri lagi umppph kan dan lebih sihat. Ingat...sihat itu jihad :). Semoga Allah permudahkan urusanku di dapur nanti ameen..
 
 
 

Wednesday, July 03, 2013

Bintang Al-Quran

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

 
Tiada kerugian walau seinci pun kalau kita mahu anak hafaz al-quran 30 juz. Pemikiran orang-orang tua dulu, kalau masuk sekolah agama, habis belajar takde kerja. Nak kerja apa depa tanya? Tak yakin dengan rezeki datangnya dari Allah. Yang nampaknya RM semata. Sekarang ni orang yang ada background agama la yang untung. Untung di dunia dan di akhirat. Itu pun kalau mereka nak berusaha. Harapan ummi, ketiga-tiga hero ummi semuanya akan hafaz 30 juz al-Quran ameen.
Siti Fatimah sekarang terus cemerlang
source: http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html


Pelajar terbaik negara spm 2006
source: http://www.wanitakelantan.com/v.1/index.php/tokoh/103-siti-fatimah

 
Siti Fatimah juga seorang hafizah. Ibunya yakin bahawa anaknya mempunyai fikiran yang tajam kerana menghafaz al-Quran.  Semoga kita dapat mencontohi adik Siti Fatimah. Beliau sudah membuktikan...
 

Tuesday, July 02, 2013

Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semasa saya bersalin di HKL dahulu, memang ramai doctor pelatih lelaki yang menyibuk di wad ibu-ibu bersalin. Memang menyampah sangat-sangat. Masa tu sedih sangat kerana perancangan saya untuk bersalin di Hospital az-zahra Bangi tidak kesampaian. Kalau tidak kerana ada komplikasi, takkan saya pilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Semoga Kementerian Kesihatan mendengar saranan ulama' Negara kita seperti kat bawah ni. Sebab tu penting jawatan yang tertinggi dalam negera diketuai oleh orang islam yang beriman dan bertaqwa. Tengokla sape yang jadi menteri kesihatan sekarang?  Datuk Seri Dr S Subramaniam. Orang kafir jugak. Ada mereka kisah pasal aurat kita wanita islam? Siapa suruh undi BN??? Hahahaha...

Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi
KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan... kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri